Suapan:
Kiriman
Komentar

aku dilahirkan………..

Selamat Hari Raya ..

BismiLLAH ..
Sebagai ganti kad raya .. (Maaf untuk ketupat yang statik =D)

Syawal Special

BismiLLAH

As per promised , saya muat naik kan di sini beberapa koleksi bacaan digital mengenai Eid for my next special treat edition – Syawal Special . Kindly download and enjoy reading ! Mudahan bermakna .

Ramadhan Special

BismiLLAH ..

Jika kebanyakan restoran menyediakan “special treat” dengan memperkenalkan pelbagai Ramadhan Special Berbuka Set untuk para pengunjung mereka , di televisyen pula sibuk dengan Ramadhan Special Drama dan sebagainya , saya juga tidak mahu ketinggalan memperkenalkan Ramadhan Special versi sendiri dengan mengeluarkan atau dengan istilah lebih tepat memuat naik kan sebahagian dari koleksi dari library digital saya untuk tatapan semua . Moga bermakna ..

Wait for my Syawal Special – coming soon guys !

Diam menghadapi masa?

BismiLLAH

Pantas .. Terdiam seketika bila memikirkan pantasnya hari-hari mengatur langkah . Seminggu lepas , cuti (juga cuti sekolah) bermula dan hari ini ia sudah berakhir . Dan ini secara tidak langsung memaksa diri saya untuk kembali ke dunia biasa untuk terus bekerja dan bekerja yang buat masa sekarang ini saya anggap satu amanah . Amanah perlu dilaksanakan dengan gembira dan ceria , bukan dalam keterpaksaan dan kegundahan . Jadi , semoga semangat yang di regain bersama keluarga di kampung berjaya di activate semampunya untuk menjana kekuatan di bandar sana nanti .

Antara saat-saat manis

Analogi nya

Kembali merenungi satu kewujudan yang bernama MASA yang dilihat terlalu ghairah mengatur langkah ke depan seolah-olah mengejar sesuatu , sering terdengar rungutan dari sahabat-sahabat menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap fenomena ini . Dan pastinya rungutan itu seolah-olah kaku dan kosong jika diri masih lagi dengan cara lama , dengan pecutan lama . Cuba bayangkan jika kita masih dengan sabit tumpul menerah rumput di laman sedang yang lain sudah menggunakan mesin rumput yang lebih berkuasa tinggi dan laju . Dan kita tertegun seketika melihatnya , seterusnya diam , dan langsung tidak punya cita-cita sekalipun bayangan ke arah itu . Jika kita lihat adegan ini di iklan television , kita pasti beranggapan yang pengguna sabit itu amat lembap tapi tidakkah kita juga begitu sebenarnya ..

Muhasabah

Bayangkan saja , apa perubahan yang berlaku dalam hidup kita (pastinya ke arah yang lebih baik) untuk tahun ini . Cuba senaraikan dan lihat kembali . Adakah kita sudah menggunakan mesin rumput yang baru , atau masih dengan sabit lama , atau mungkin lebih teruk dari sabit iaitu hanya terpaksa mencabut-cabut rumput dengan tangan . Jangan terkejut jika anda mungkin termenung panjang dek kerana masih mencari-cari apa yang patut disenaraikan .

Solution

Tidak perlu terus membeli mesin rumput , cukuplah dulu jika kita mulakan langkah dengan mengasah dulu sabit lama yang kian hari kian berkarat tidak terjaga . Kenali siapa diri kita , di mana kita berada , untuk apa kita di sini , dan isi hari-hari kita dengan makna bahagia bersendikan ingatan tidak berbelah bahagi kepada PENCIPTA untuk segala yang ada pada kita hari ini . Buat wanita-wanita yang mendambakan kejayaan dan kebahagiaan yang boleh dilabel cap sebagai hakiki dalam hidup ini ; kita telah dijanjikan dengan satu kedudukan mulia dan besar yang memerlukan kita mencorak pemimpin akan datang (isteri+ibu). Ia bukan hanya patut dipandang sebagai tugas , tapi satu keistimewaan dan amanah yang diberikan ALLAH untuk yang bernama wanita . Jadi untuk menuju ke arah itu , masa-masa yang ada ini perlu kita isi dengan menyuntik gagah+tabah pada diri dengan tidak membiarkan yang bernama masa itu melambai pergi tanpa meninggalkan sedikitpun buah tangan bermanfaat untuk kita .

BismiLLAH ..

Bila seorang lelaki yang mempunyai minat terhadap seorang wanita dan bertanya , “Dah bepunye ke?” Dan dengan jujur di jawab dengan “Ya,dah bertunang”.. Adakah dengan mudah lelaki itu berkata”oooo” dan berlalu kecewa tanpa mencuba nasib memikat walaupun dia tahu itu kepunyaan orang lain . Tidak pernah kah kita terdengar suami orang bermain cinta dengan isteri orang? Saya menyebut isteri orang kerana sudah tidak hairan dengan tunang orang sedangkan isteri orang sendiri sudah terlupa yang dia seorang isteri bukan anak dara lagi ! Seolah hanya untuk memuaskan hati dan nafsu tanpa sebarang matlamat yang berasas apatah lagi jelas . Jeliknya dunia !

Ikatan yang bakal terlerai jika tidak difahami apakah tujuan nya


Melihatkan fenomena pelik begini , mampukah satu ikatan itu (pertunangan dan perkahwinan) menjaga dan memelihara diri seorang wanita sebenarnya jika wanita itu tidak faham mengapa aku di ikat , mengapa aku jadi isteri , mengapa aku jadi tunangan orang etc . Jadi , sejauh manakah seorang wanita itu boleh menjaga diri nya di atas nama sebuah ikatan ..


Pertunangan

Bertunang adalah satu ikatan yang sudah hampir dengan nikah . Bertunang lebih meraikan sifat ingin tahu terhadap pasangan dan “book” terlebih dahulu supaya tidak disambar orang . Ada yang memikirkan dirinya akan selamat dari diganggu lelaki di sekeliling nya memandangkan dirinya sudah menjadi tunangan orang dan totally itu adalah salah . Manusia waktu ini bukan seperti waktu dulu . Manusia waktu ini lebih “gigih” berusaha mendapatkan apa yang mereka mahu waimma diketahui itu salah, itu dosa etc .

Semuanya terletak pada wanita itu sendiri . Sejauh mana dia gagah mempertahankan apa yang dia ada dan komited dengan itu . Didiklah diri untuk gagah dan setia . Dan jangan putus berdoa supaya dikurniakan bahagia berpanjangan . Saya tidak mahu bercakap mengenai cinta etc kerana bagi saya cinta itu adalah sesuatu yang besar . Dan saya masih tidak cukup besar untuk bercerita mengenai sesuatu yang besar . Cukuplah jika saya katakan pada sebuah ikatan . Pada sebuah ikatan insyaALLAH ..
Sebenarnya saya di sini bukanlah untuk menolak kepentingan bertunang malah saya menyokong ikatan ini dipercepatkan jika perlu kerana jika kita faham dan teliti kan tujuan nya itu , ia sebenarnya boleh berfungsi dengan baik . Cuma saya ingin berkongsi apa yang saya fikir dan terfikir , dan seterusnya cuba mencari jalan terbaik melalui rungkaian akal sendiri dicambahi dengan pendapat sahabat-sahabat yang mungkin melengkapi . Dan jika anda tanya saya , saya lebih prefer untuk mengikat satu ikatan untuk tujuan menjaga diri saya dari fitnah-fitnah luar lebih lagi saya sekarang bekerja dan terdedah dengan dunia luar yang bebas dan sangat mencabar saya rasa . Doakan yang terbaik ..
Saya menulis panjang ini hanya untuk satu tujuan . Untuk mengetahui apa kata anda?

BismiLLAH ..

Ayat-ayat cinta tulisan Prof Dr Hamka dalam bukunya “Tasauf Moden” (Petikan dari novel Memeluk Gerhana tulisan Isa Kamari) terasa sangat-sangat dekat dengan hati saya . Ikuti kata-kata yang membuat saya benar-benar tertegun ini .

*******************

“Kalau engkau dicintai dan mencintai , senangkanlah hatimu . Tandanya hidupmu telah berharga , tandanya engaku telah didaftar anak bumi yang terpilih . Tuhan telah memperlihatkan belas KasihNYA kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk . Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan . Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsi perjalanan matahari di dalam falak , ketika fajarnya dan terbenamnya , tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini . Lantaran yang demikian , dua jiwa berenang di langit khayal , di waktu orang lain terbenam , keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman , bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh .

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas , senangkan jugalah hatimu . Kerana orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali pada kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya : dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya dari cinta lantaran hawa . Terpencil jauh membawa keuntungan insaf , kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan . Dengan sebab itu , engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu , kalau tak ada pada insan , ada pada yang lebih kekal pada insan . Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta , walau bagaimana besarnya tanggunganmu , kerana cinta memberi dan menerima , cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram . Cinta itu mesti lalu di hadapanmu , sayang engkau tak tahu bila lalunya .

Hendaklah engkau menjadi orang besar , yang sanggup memikul cinta yang besar . Kalau tak begitu engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah , engkau menjadi pencium bumi , engkau akan jatuh ke bawah , tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh , benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempuh oleh manusia biasa . Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang di letakkan oleh kerinduan itu sendiri . “

*******************


Sungguh aku ingin jadi orang besar . Untuk memikul sesuatu yang juga besar . ALLAH.. dengarlah harapku ini ..

BismiLLAH

Teringat sewaktu di Bumi sakura dahulu , kawan-kawan Jepun sering mempersoalkan mengapa saya begitu berkira soal daging halal atau haram . Bila saya kata , daging-daging yang disembelih cara ISLAM sahaja yang di bolehkan makan , mereka sibuk bertanya bagaimana cara sembelihan nya . Bila saya terangkan cara-cara sembelih sepanjang pengetahuan saya , mereka menganggap cara mengerat kerongkong itu seolah menyeksa binatang tersebut . Saya diam . Teringat pada tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik mengenai isu sembelihan cara ISLAM pada pandangan non-muslim .

Tulisan beliau dalam buku kegilaan saya ( 20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM ) , ketika pernah seorang Sikh bertanya pada seorang Muslim , “Mengapa kamu menyembelih haiwan dengan cara menyakitkan iaitu dengan mengerat kerongkong dan tidak mengikut cara kami , secara sekali pukulan (jhatka) ? ” Dan dengan bergurau Muslim itu menjawab , “Kami lebih berani dan gagah kerana menyerang dari hadapan , bukan nya belakang ! “ .

Mengetepikan gurauan itu , mungkin kita boleh mancari bukti – bukti lain atau mungkin kita boleh katakan sebagai hikmah peraturan ALLAH ini . Saya petik tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik secara ringkas untuk memberi kita gambaran dan jawapan paling jelas untuk tanda tanya ini dari sudut sains .

Zakkaytum adalah asal dari verb (=doushi) perkataan zakka yang membawa makna mensucikan . Penyembelihan haiwan cara ISLAM menghendaki pematuhan syarat berikut :

1) Haiwan disembelih dengan objek yang tajam (pisau) – supaya haiwan mati cepat dan serta merta .
2) Dikerat salur udara , kerongkong dan saluran darah leher – menyebabkan kematian nya tanpa dikerat gentian saraf di dalam tulang belakang .
3) Darah perlu disalirkan – Penyaliran bertujuan mengeluarkan sebahagian besar darah yang akan menjadi bahantara mikroorganisma . Gentian saraf tulang belakang tidak boleh dikerat kerana ini boleh merosakkan gentian saraf ke jantung semasa proses itu dan mengakibatkan jantung terhenti dan menghentikan darah ke salur darah .

Antara kelebihan dan hikmah-hikmah lain yang tercatat dalam tulisan ini adalah :

1) Darah adalah bahantara kuman dan bacteria – darah-darah yang mengandungi toksin-toksin beracun ini bakal dibuang jika disembelih dengan cara penyembelihan cara ISLAM .
2) Daging kekal segar untuk tempoh masa lebih lama – berikutan pengurangan darah pada daging berbanding cara sembelihan lain .
3) Haiwan tidak merasai kesakitan disembelih – Keratan pantas salur darah pada leher menghentikan pengaliran darah ke saraf otak yang menyebabkan kesakitan . Oleh itu , haiwan tersebut tidak merasai kesakitan . Ketika hampir mati , haiwan itu meronta , menggeliang-geliut , menggeletar dan menendang , bukan kerana sakit tetapi akibat penegangan dan pengenduran otot yang kekurangan darah dan akibat pengaliran keluar darah daripada badan .

Saya cukup kagum dengan tulisan Dr Zakir Abdul Karim Naik ini kerana huraian jawapan bagi setiap isu yang diutarakan sangat jelas dan “verbatim” sekali . Anda pasti akan mengangguk puas membaca bait-bait penjelasan dari nya mengenai persoalan yang sering menjadi tanda tanya non muslim malahan muslim sendiri dalam isu-isu penting umat ISLAM masa kini .

wALLAHua’lam

BismiLLAH

Saya sudah lama memikirkan tentang isu perigi mencari timba ini . Semestinya banyak aspek yang patut kita kaji dan fikir sama ada dari aspek timba atau perigi itu sendiri . Timba yang dicari semestinya mempunyai “sesuatu” yang menjadi penarik sehingga sang perigi memberanikan diri untuk mendekati nya .

Dalam masyarakat Malaysia hari ini , isu perigi dan timba ini adalah sesuatu yang mungkin telah menjadi sesuatu yang biasa . Manakan tidak , contoh terdekat adalah Siti Khadijah yang begitu nekad dan berani meminang RasuluLLAH sebagai suami nya . Dan tentu nya yang menjadi penarik di sini adalah akhlak baginda RasuluLLAH itu sendiri .

Jika anda pernah membaca satu novel berjudul “Ayat-ayat cinta” tulisan Habiburrahman Al-Sherrazi , anda pasti familiar sekali dengan nama Fahri dan Aishah juga Nurul di dalam novel itu . Fahri digambarkan sebagai seorang lelaki yang begitu baik akhlak dan agama nya . Dan dalam novel ini , Aishah yang meminta pakcik nya untuk pergi melamar Fahri . Tetapi malang bagi Nurul kerana perigi nya lambat siap . Disaat Fahri sudah merancang perkahwinan nya dengan Aishah , barulah Nurul meluahkan isi hati nya . Ya , itu hanyalah fantasi Habiburrahman . Tapi itu bukan satu mimpi yang mustahil berlaku .

Jadi , di sini pengajaran untuk semua muslimah-muslimah di sana juga di sini , jika anda sudah yakin akan sesuatu , istikharah lah sehingga pada satu masa anda akan merasa yakin dan nekad . Dan setelah itu , berterus teranglah tanpa berlengah . Jika ada jodoh anda dengan kesukaan anda itu , ALLAH akan memudahkan jalan anda pada nya . Jangan takut dan teragak-agak untuk berkata yang haq dan bersedialah untuk menerima hakikat “gagal” dan “kecewa” atau “frust” jika anda mungkin bakal ditolak .

BismiLLAH

Dugaan atau apa ?

Ketika sepasang pengantin yang pada pandangan semua orang secocok , sepadan dan sungguh bahagia menunggu saat mereka di ijab kabul , setelah semua persiapan di buat dan keduanya sudah merancang segalanya untuk masa depan termasuk bulan madu dan semuanya , sehari sebelum itu , pengantin lelaki kemalangan dan meninggal dunia . Apakah kita nama kan ini ? Bala , dugaan atau apa?

Ketika sebuah kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk sesuatu projek di tepi pantai . Sehari selepas pelancaran nya , tsunami tiba dan menghancurkan semuanya . Apakah kita namakan ini ? Bala , dugaan atau apa?

Ketika juga anda sangat berusaha menelaah pelajaran untuk peperiksaan yang bakal tiba . Anda rasa anda sudah bersedia . Tetapi ketika peperiksaan , anda tiba-tiba blank , blur dan hilang segala yang dihafal . Apakah kita namakan ini ? Bala , dugaan atau apa ?

Rancangan manusia , ketentuan dari NYA

Pasti sahabat-sahabat pernah mendengar , “Kita hanya mampu merancang , ALLAH yang menentukan” . Adakah sahabat-sahabat benar faham apa kah yang dimaksudkan dengan ini ? Kisah pengantin , tsunami dan “blank” dalam exam tadi adalah contoh untuk itu . Dan kerana itulah apa sahaja perkara sama ada itu kemahuan kita yang sangat kita yakin ia akan termakbul , memerlukan tawakkal dan redha pada ALLAH . Jangan ingat bila kita mengangkat kaki , sudah pasti kaki itu akan terpijak di tanah selangkah di depan . Jika ALLAH mahu , di saat angkatan itu di buat , kaki kita akan krem dan kita akan rebah ke bumi .

ALLAH itu berkuasa . Siapa kita untuk protes itu dan ini sedang kita datang dari DIA ? Kita ini adalah seorang hamba yang setiap masa mengharap di beri rezeki dan harapan untuk terus menerus hidup di alam fana ini . Memang sakit . Memang sakit untuk menerima dan akur pada takdir yang sangat melukakan . Berdoalah agar kita di sedarkan oleh ALLAH bahawa yang tiada kita peroleh itu adalah bukan milik kita ! ALLAH memberikan kita ribut petir dan pelangi selepasnya insyaALLAH . Yang penting keyakinan bahawa itu hak ALLAH perlu kita tanam kuat-kuat dalam hati . Supaya hati ini akan jadi lebih kuat menghadap dugaan . Lebih kental meredah cubaan .

Selamat Hari Guru

Sempena hari guru ini , saya teringin untuk state kan guru-guru yang sering saya rindui tapi entah bila lagi dapat bersua . Terima kasih guru-guru ku , kerana anda juga dengan izin ALLAH , saya sampai di sini . Ketika membawa adik-adik membeli hadiah untuk guru-guru mereka siang tadi , saya dapat lihat suasana di kedai-kedai cenderati penuh sesak dengan budak sekolah mahupun mak dan pak budak . “Betapa orang-orang sekarang menghargai guru,” kata umi yang sudah 20 tahun lebih menjadi guru .

Saya teringat seorang guru sewaktu di tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Paloh (Terengganu) , Ustazah Habsah nama nya . Dia comel dan memang antara guru yang saya ingat sampai sekarang . Pada waktu sekolah rendah dulu , saya pernah juga di marahi guru sebab satu salah faham . “Kamu ini pengawas apa?? Pengawas taik kucing !!” Kata-kata itu takkan saya lupa sampai bila-bila . Ketika itu di darjah 4 . Di sekolah menengah , Ustazah Rokiah Hassan(bahasa arab) , Cikgu Ida Suryati(bio) , Cikgu Noormi(fizik) , Cikgu Wan Rusli(kimia) dan banyaklah lagi antara guru-guru yang amat-amat saya sayangi . Selamat hari guru untuk semua guru-guru ku~

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.